⋆เญจเญง ₊๏พ ๐ฟ๐ช๐ฌ๐ช๐๐ผ๐ฒ๐ช ⊹ษ
▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ┊ ˚✩ ⋆。˚ ✩ ┊ ┊ ┊ ✫ ┊ ┊ ︎✧ ┊ ┊ ✯ ┊ . ˚ ˚✩
Thursday, January 5, 2023
Monday, November 14, 2022
๐๐๐ : ๐๐ฎ๐ท๐ญ๐ธ๐ต ๐๐ช๐ถ๐น๐พ๐ท๐ฐ ๐๐พ๐ต๐พ 。・:*˚:✧。
Hi!! Nama saya Azwani boleh panggil Wani jerrr, sebelum tu saya nak tanya macam mana makan pagi dengan makan tengahari menarik tak? Terliur tak ? Haaa lepas ni saya nak bawak awak pergi makan petang pulak nak ikut tak? Tak nak?? Tak boleh kena ikut juga hehehe! Kalian pernah dengar tak cendol yang terkenal dekat Melaka? Tak pernah dengar? biar betul?! okay sekarang saya nak kenalkan Cendol Kampung Hulu adalah cendol yang paling terkenal dekat Melaka ni, so saya nak bawak kalian ikut saya pergi makan Jom! Jom!
Selamat Datang ke Cendol Kampung Hulu, kedai ini beroperasi setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam di Kampung Hulu, Melaka. Keunikan cendol ini adalah tersendiri dari pemilik Encik Farizal yang menggunakan ais santan beku dan dikisar halus berbeza dengan cendol yang berada di kedai-kedai lain. Cendol ini mempunyai 9 jenis topping buah-buahan tempatan yang menarik tau!! Nak tahu buah-buahan apa? Ini buah-buahannya manga, longan, kelapa laut, cocktail, jagung, durian, buah kabong dan tapai pulut. Nyummm Nyummm sedappppp !!
Kedai Cendol Kampung Hulu ini bukan sahaja menjual cendol tetapi terdapat 200 menu yang lain untuk minum bersama dengan cendol sebagai contoh shawarma, shellout, ikan bakar, makanan bergoreng, yong tau fu, makanan berasaskan sup, tacosta, cikitang, char keuy tiau, sizzling, pasta dan banyak lagi tau yang menarik dekat sini saya yakin semua mesti rambang mata nak makan apa. Setakat ni saya ceritakan dah terliur belum? Mesti dah lapar sangat-sangat kan hehehe!
Kalian bukan sahaja boleh duduk di bahagian dalam kedai tau tapi boleh duduk di bahagian pemandangan tepi sungai ia juga salah satu tempat menarik pelancong duduk dan singgah berehat disini sambal minum cendol yang sangat segar dan sedap.So tunggu apa lagi jom lah ajak keluarga, kawan-kawan dan semuaalah datang singgah untuk merasa cendol yang segar ini.Datang tau kami menunggu anda semua !!
Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi Cendol Kampung Hulu. Selamat menjamu selera!
Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Sunday, November 13, 2022
๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ฌ๐ญ : ๐ก๐ธ๐ฝ๐ฒ ๐๐ช๐ท๐ช๐ฒ ๐๐ช๐๐พ ๐๐ป๐ช๐ท๐ฐ ˚:✧。
Sebagai pengenalan nama saya Iman Nuraina Binti Shamsol dengan no matriks 14DUP20F2018 dan awak boleh panggil saya Ain. Jadi pagi ni, Ain tertarik untuk kongsikan pengalaman bersama 3 orang kawan Ain menjamu selera di salah satu kedai yang terkenal dengan keunikannya iaitu kayu arang. Jarangkan kita dengan makanan yang dimasak guna kayu arang? Sebelum itu jom kita kembali kepada sejarah penubuhannya.
Pada 26 Oktober 2014, kedai ini pernah dipilih sebagai salah satu tempat makan dan disiarkan di saluran TV3 kerana keunikan cara masakan, keenakan makanannya juga perkhidmatan yang selalu menjadi sebutan orang ramai. Dicetuskan oleh keluarga mertuanya pada tahun 1982, yang kini kedai diuruskan oleh Zulkapli Omar 59 tahun sejak tahun 1999 telah mengetengahkan konsep penggunaan kayu arang bagi mengurangkan pengunaan asap. Beliau berkata, “Apa yang penting, cara masakannya tidak lari dan masih mengekalkan tradisi lama. Peranan kayu arang ini adalah untuk menambah lebih aroma, selain roti canai menjadi lebih rangup dan kurang berminyak.” Tambahan lagi kuah dal yang pekat dan penuh rempah-ratus yang diperlajarai oleh kaum india merupakan resepi asli yang diolah mengikut selera orang melayu menaikkan lagi seri roti canai ini.
Mesti awak semua nak tahukan dekat mana kedai ni? Jarak yang mengambil masa selama 30 minit dengan menaiki kerata dari Merlimau, kedai ni terletak di kawasan yang strategik sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka. Sebelum Ain ceritakan dengan lebih mendalam, suka Ain untuk ingatkan awak semua kalau nak datang ke sini, kena datang awal sebab ramai sangat dan tempat sangat terhad walaupun kawasan tempat makannya besar dan luas T-T.
Kedai yang dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari kecuali hari rabu ini menghidangkan pelbagai jenis makanan traditional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus. Selain daripada itu, kedai ini juga terkenal dengan plbagai pilihan sajian makanan traditional seperti nasi lemak, lontong, mee kari, mee soto, bihun soto dan aneka kuih muih. Dan lebih dari itu, kedai ini turut menyajikan hidangan sedap dan popular yang menjadi trend terkini dan menu olahan untuk menepati citarasa pengunjung seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup, besar dan berpatutan dengan harga.
Antara makanan yang dipilih oleh kami adalah roti telur, roti sadin, lontong dan nasi lemak ayam crispy. Kepada peminat roti canai awak memang kene cuba roti canai kat sini sebab roti yang ditebar garing, kurang minyak dan yang ada aroma kayu arang sendiri sangat sedap apatah lagi ditebar oleh Wanita kemudian dimakan waktu panas-panas memang kene dengan tekak Ain. Selain itu, kalau awak nk makan berat waktu pagi Ain sangat cadangkan awak semua rasa lontong dan nasi lemak ayam crispy. Pada Ain, awak memang kene rasa sebab kuah dan sambalnya cukup rasa, tak kedekut santai dan tak tamak nasi empit dan sayur masak lodeh yang banyak. Dan last sekali, nasi lemak ayam crispy. Kalau awak memang tk boleh lepas makan nasi lemak waktu pagi awak memang kene datang sini dan cuba nasi lemaknya, sedap penuh rasa, tak kedekut santan dan yang penting ayam crispy yang sedap dan besar. Jadi pada kesimpulannya, jom start enjin dan gerak ke roti canai kayu arang di Bachang Melaka untuk rasai sendiri keunikan dan kelainan makanan disini.
Sunday, November 6, 2022
๐๐ข๐ง๐ง๐๐ซ : ๐ข๐ฎ๐ต๐ช๐ฝ ๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐พ๐ฎ ₊˚✧
Hai semua! harini Meera nak cadangankan satu tempat yang korang wajib datang, sebab tempat ini memang best dari segi bentuk bangunan, tempat makanan, dan sangat-sangat berbeza jadi, nak tahu tak apa best dekat sini? jom Meera ceritakan! ia agak sedikit berbeza kerana tempat ini dulu hanya lah tempat menangkap gambar dan tempat penginapan sahaja tetapi bila owner yang jaga tempat ini terfikir nak buat something new untuk tarik lebih ramai pelanggan jadi ya, dia cari idea untuk buat food hunting dekat sini tapi bukan itu je, ada busking jugak! tempat-tempat lepak untuk korang release tension dekat sini semua boleh tau? menarik kan !!
Tempat ini juga ia terletak di tengah lorong Kaizen Hotel & Suites Melaka di Pulau Melaka. Tempat ini juga baru je di buka pada tahun 2022, dan tempat ini membuat sedikit kelainan kerana dia ala2 hipster macam tu hehehe.. memang kalau datang sini teringat kedai-kedai mcm zaman dulu sebab dia buat dalam bentuk warung dan kiosk, suasana di sini sangat santai gila, boleh makan dengan tenang dan aman hehehe! tempat syurga makanan sebegini siapa je tak nak pergi kan2 tempat ini tersangatlah antik tau sape yang suka sejenis macam ini confirm akan datang! dekat sana nak parking kereta atau motor pun senang je.
Ha ni paling best Meera nak cerita sebab kalau sejenis minat nak tangkap gambar kawin ke, pre konvo je memang sini lah tempat dia tau, nak request lagu lain nak nyanyi lagu boleh sangat-sangat tak ada masalah pun tau! dekat sini pelbagai aneka makanan ada tau nak makanan apa barat, Timur, semua ada korang! tapi mengikut tekak Meera makanan dekat situ Meera bagi 6/10 lah, tapi kalau korang tak tahulah korang kena mai sendiri baru korang tahu rasa dia macam mana, cara bayaran dia ada dua satu kalau korang beli makanan dekat bahagian dalam, korang terus kena order lepastu bayar! tapi kalau beli makanan yang bentuk dia ala2 warung yg dekat luar tu dekat bayar betul-betul tengah tu sebelah dia ada macam pameran kereta tu gituw…..so tunggu apa lagi? datang sekarang jangan buang masa! ia di buka pada pukul 6 petang hingga 1 pagi so memang disarankan datang malam lah sebab view dia lagi cantik untuk ber-ootd so datang tau! Bye, Lurve Meera ❤️
Saturday, October 8, 2022
๐๐ฎ๐ง๐๐ก : ๐๐ช๐ผ๐ฝ๐ช ๐๐ช๐ท๐ช๐ผ ⁺‧ ˚✧
Hai! Nama saya Nor Balqis binti Hazudin, singkatannya Kae! nombor matriks saya ialah 14DUP20F2005 dan saya akan mewakili makan tengah hari kami pada log perjalanan kami. Adakah anda ingin tahu mengenainya? Baiklah saya beritahu awak, untuk makan tengah hari kita akan pergi ke suatu tempat di luar Malaysia, boleh awak beritahu? Saya hadirkan anda sebuah restoran yang sangat popular di tengah-tengah Melaka Raya, Pasta Panas! tetapi tidak begitu pantas! Saya akan mulakan dengan pengenalan restoran ini, jadi duduk dan nikmati montaj di bawah ♡
Pasta Panas mempunyai lebih daripada 10 francais di Malaysia. Perbezaannya ialah jenama itu mempunyai latar kuning berpasir berwarna-warni, logo spageti comel dan format makanan segera untuk cawangan Malaysia, cuba menarik minat pelajar dan eksekutif muda. Banyak kedai makan Malaysia terkenal dengan jenis makanan tradisional mereka yang lazat manakala Pasta Panas sebaliknya ditubuhkan untuk pasta dan nasi gorengnya. Pasta yang dibakar diperap dengan baik dengan jenis sos keju yang istimewa, menjadikan pasta itu enak dan berperisa. Dihidangkan dengan pilihan potongan ayam atau daging lembu, dengan bahagian dalam kekal lembut dan lembap.
Cukup dengan sejarah, kini kita beralih kepada menu! Saya akan kongsikan kepada anda bahagian menu Pasta Panas yang paling menarik - mesra - mesra dan ia dipanggil The Classics yang terdiri daripada 3 jenis perisa dan ia dipanggil Creamy Tomato, Aglio Olio dan Carbonara. Untuk keistimewaan mereka ada Buttermilk Pasta, Spicy Green Chili, Laza-Mac dan Spicy Shoyu Mac! Jika anda berasa agak mexico, anda sentiasa boleh mendapatkan Nacho Keju Sarat mereka! TUNGGU! mereka juga mempunyai bahagian menu ini yang dipanggil 'The Favourite' dan menunya ialah Bolognese, Spicy Chili Mac dan akhir sekali kegemaran saya sepanjang masa, Mac & Cheese!
Sebab mengapa saya memilih Pasta Panas sebagai makan tengah hari kami kerana ia adalah hidangan berat, ia boleh mengenyangkan kami sepanjang hari! ia juga sangat mudah kerana ia terletak betul-betul di seberang Dataran Pahlawan dan beberapa lot kedai dari Mahkota Parade. Ini kerana jika kami merasa lapar semasa membeli-belah, kami boleh pergi ke Pasta Panas dan meneruskan perjalanan dengan perut yang kenyang. Secara keseluruhannya, Pasta Panas sangat disyorkan kepada semua untuk merasai mini trip rasa masakan terkenal negara Itali. Sampai sini sahaja dulu, kae signing off ! ☆
![]() |
-
Hi!! Nama saya Azwani boleh panggil Wani jerrr, sebelum tu saya nak tanya macam mana makan pagi dengan makan tengahari menarik tak? Terliur ...
-
Hai semua! harini Meera nak cadangankan satu tempat yang korang wajib datang, sebab tempat ini memang best dari segi bentuk bangunan, temp...


.jpeg)



.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)






.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)





.jpeg)

.jpeg)

