Hi!! Nama saya Azwani boleh panggil Wani jerrr, sebelum tu saya nak tanya macam mana makan pagi dengan makan tengahari menarik tak? Terliur tak ? Haaa lepas ni saya nak bawak awak pergi makan petang pulak nak ikut tak? Tak nak?? Tak boleh kena ikut juga hehehe! Kalian pernah dengar tak cendol yang terkenal dekat Melaka? Tak pernah dengar? biar betul?! okay sekarang saya nak kenalkan Cendol Kampung Hulu adalah cendol yang paling terkenal dekat Melaka ni, so saya nak bawak kalian ikut saya pergi makan Jom! Jom!
Selamat Datang ke Cendol Kampung Hulu, kedai ini beroperasi setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam di Kampung Hulu, Melaka. Keunikan cendol ini adalah tersendiri dari pemilik Encik Farizal yang menggunakan ais santan beku dan dikisar halus berbeza dengan cendol yang berada di kedai-kedai lain. Cendol ini mempunyai 9 jenis topping buah-buahan tempatan yang menarik tau!! Nak tahu buah-buahan apa? Ini buah-buahannya manga, longan, kelapa laut, cocktail, jagung, durian, buah kabong dan tapai pulut. Nyummm Nyummm sedappppp !!
Kedai Cendol Kampung Hulu ini bukan sahaja menjual cendol tetapi terdapat 200 menu yang lain untuk minum bersama dengan cendol sebagai contoh shawarma, shellout, ikan bakar, makanan bergoreng, yong tau fu, makanan berasaskan sup, tacosta, cikitang, char keuy tiau, sizzling, pasta dan banyak lagi tau yang menarik dekat sini saya yakin semua mesti rambang mata nak makan apa. Setakat ni saya ceritakan dah terliur belum? Mesti dah lapar sangat-sangat kan hehehe!
Kalian bukan sahaja boleh duduk di bahagian dalam kedai tau tapi boleh duduk di bahagian pemandangan tepi sungai ia juga salah satu tempat menarik pelancong duduk dan singgah berehat disini sambal minum cendol yang sangat segar dan sedap.So tunggu apa lagi jom lah ajak keluarga, kawan-kawan dan semuaalah datang singgah untuk merasa cendol yang segar ini.Datang tau kami menunggu anda semua !!
Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi Cendol Kampung Hulu. Selamat menjamu selera!
Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka


.jpeg)



.jpeg)


No comments:
Post a Comment