Sunday, November 13, 2022

๐๐ซ๐ž๐š๐ค๐Ÿ๐š๐ฌ๐ญ : ๐“ก๐“ธ๐“ฝ๐“ฒ ๐“’๐“ช๐“ท๐“ช๐“ฒ ๐“š๐“ช๐”‚๐“พ ๐“๐“ป๐“ช๐“ท๐“ฐ ˚:✧。

 Sebagai pengenalan nama saya Iman Nuraina Binti Shamsol dengan no matriks 14DUP20F2018 dan awak boleh panggil saya Ain. Jadi pagi ni, Ain tertarik untuk kongsikan pengalaman bersama 3 orang kawan Ain menjamu selera di salah satu kedai yang terkenal dengan keunikannya iaitu kayu arang. Jarangkan kita dengan makanan yang dimasak guna kayu arang? Sebelum itu jom kita kembali kepada sejarah penubuhannya. 

Pada 26 Oktober 2014, kedai ini pernah dipilih sebagai salah satu tempat makan dan disiarkan di saluran TV3 kerana keunikan cara masakan, keenakan makanannya juga perkhidmatan yang selalu menjadi sebutan orang ramai. Dicetuskan oleh keluarga mertuanya pada tahun 1982, yang kini kedai diuruskan oleh Zulkapli Omar 59 tahun sejak tahun 1999 telah mengetengahkan konsep penggunaan kayu arang bagi mengurangkan pengunaan asap. Beliau berkata, “Apa yang penting, cara masakannya tidak lari dan masih mengekalkan tradisi lama. Peranan kayu arang ini adalah untuk menambah lebih aroma, selain roti canai menjadi lebih rangup dan kurang berminyak.”  Tambahan lagi kuah dal yang pekat dan penuh rempah-ratus yang diperlajarai oleh kaum india merupakan resepi asli yang diolah mengikut selera orang melayu menaikkan lagi seri roti canai ini.





Mesti awak semua nak tahukan dekat mana kedai ni? Jarak yang mengambil masa selama 30 minit dengan menaiki kerata dari Merlimau, kedai ni terletak di kawasan yang strategik sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka. Sebelum Ain ceritakan dengan lebih mendalam, suka Ain untuk ingatkan awak semua kalau nak datang ke sini, kena datang awal sebab ramai sangat dan tempat sangat terhad walaupun kawasan tempat makannya besar dan luas T-T.





Kedai yang dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari kecuali hari rabu ini menghidangkan pelbagai jenis makanan traditional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus. Selain daripada itu, kedai ini juga terkenal dengan plbagai pilihan sajian makanan traditional seperti nasi lemak, lontong, mee kari, mee soto, bihun soto dan aneka kuih muih. Dan lebih dari itu, kedai ini turut menyajikan hidangan sedap dan popular yang menjadi trend terkini dan menu olahan untuk menepati citarasa pengunjung seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup, besar dan berpatutan dengan harga.




roti canai ( telur + sadin )




lontong




nasi lemak



ayam gunting crispy



cekodok udang


Antara makanan yang dipilih oleh kami adalah roti telur, roti sadin, lontong dan nasi lemak ayam crispy. Kepada peminat roti canai awak memang kene cuba roti canai kat sini sebab roti yang ditebar garing, kurang minyak dan yang ada aroma kayu arang sendiri sangat sedap apatah lagi ditebar oleh Wanita kemudian dimakan waktu panas-panas memang kene dengan tekak Ain. Selain itu, kalau awak nk makan berat waktu pagi Ain sangat cadangkan awak semua rasa lontong dan nasi lemak ayam crispy. Pada Ain, awak memang kene rasa sebab kuah dan sambalnya cukup rasa, tak kedekut santai dan tak tamak nasi empit dan sayur masak lodeh yang banyak. Dan last sekali, nasi lemak ayam crispy. Kalau awak memang tk boleh lepas makan nasi lemak waktu pagi awak memang kene datang sini dan cuba nasi lemaknya, sedap penuh rasa, tak kedekut santan dan yang penting ayam crispy yang sedap dan besar. Jadi pada kesimpulannya, jom start enjin dan gerak ke roti canai kayu arang di Bachang Melaka untuk rasai sendiri keunikan dan kelainan makanan disini.





No comments:

Post a Comment

Travelog - Tempat Makan Viral [DTM40253]