Sunday, November 6, 2022

๐ƒ๐ข๐ง๐ง๐ž๐ซ : ๐“ข๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ฝ ๐“๐“ฟ๐“ฎ๐“ท๐“พ๐“ฎ ₊˚✧

 Hai semua! harini Meera nak cadangankan satu tempat yang korang wajib datang, sebab tempat ini memang best dari segi bentuk bangunan, tempat makanan, dan sangat-sangat berbeza jadi, nak tahu tak apa best dekat sini? jom Meera ceritakan! ia agak sedikit berbeza kerana tempat ini dulu hanya lah tempat menangkap gambar dan tempat penginapan sahaja tetapi bila owner yang jaga tempat ini terfikir nak buat something new untuk tarik lebih ramai pelanggan jadi ya, dia cari idea untuk buat food hunting dekat sini tapi bukan itu je, ada busking jugak! tempat-tempat lepak untuk korang release tension dekat sini semua boleh tau? menarik kan !!













Tempat ini juga ia terletak di tengah lorong Kaizen Hotel & Suites Melaka di Pulau Melaka. Tempat ini juga baru je di buka pada tahun 2022, dan tempat ini membuat sedikit kelainan kerana dia ala2 hipster macam tu hehehe.. memang kalau datang sini teringat kedai-kedai mcm zaman dulu sebab dia buat dalam bentuk warung dan kiosk, suasana di sini sangat santai gila, boleh makan dengan tenang dan aman hehehe! tempat syurga makanan sebegini siapa je tak nak pergi kan2 tempat ini tersangatlah antik tau sape yang suka sejenis macam ini confirm akan datang! dekat sana nak parking kereta atau motor pun senang je.












Ha ni paling best Meera nak cerita sebab kalau sejenis minat nak tangkap gambar kawin ke, pre konvo je memang sini lah tempat dia tau, nak request lagu lain nak nyanyi lagu boleh sangat-sangat tak ada masalah pun tau! dekat sini pelbagai aneka makanan ada tau nak makanan apa barat, Timur, semua ada korang! tapi mengikut tekak Meera makanan dekat situ Meera bagi 6/10 lah, tapi kalau korang tak tahulah korang kena mai sendiri baru korang tahu rasa dia macam mana, cara bayaran dia ada dua satu kalau korang beli makanan dekat bahagian dalam, korang terus kena order lepastu bayar! tapi kalau beli makanan yang bentuk dia ala2 warung yg dekat luar tu dekat bayar betul-betul tengah tu sebelah dia ada macam pameran kereta tu gituw…..so tunggu apa lagi? datang sekarang jangan buang masa! ia di buka pada pukul 6 petang hingga 1 pagi so memang disarankan datang malam lah sebab view dia lagi cantik untuk ber-ootd so datang tau! Bye, Lurve Meera ❤️







No comments:

Post a Comment

Travelog - Tempat Makan Viral [DTM40253]